Pergi ke kandungan

Perpustakaan Negara Republik Czech

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perpustakaan Negara
Republik Czech
Národní knihovna České republiky Sunting ini di Wikidata
Dewan perpustakaan Baroque di Perpustakaan Negara Republik Czech
Maklumat umum
Singkatan namaNL CR Sunting ini di Wikidata
JenisPerpustakaan negara
Ditubuhkan1777 (247 tahun yang lalu) (1777)
Laman sesawangwww.nkp.cz Sunting ini di Wikidata
Koleksi
Saiz koleksi7,358,308 jumlah item[1]
21,271 manuskrip[1]
c. 4,200 incunabula[2]
Item dikendalikan  CZech IDentification and LOcalization tool
  Kramerius of National Library of the Czech Republic
  Czech National Bibliography
  Czech National Authority Database
  Directory of Publishers in the Czech Republic
Anggota bagi
Senarai:
World Digital Library, Persidangan Pustakawan Negara Eropah, Open Preservation Foundation, Czech Republic Libraries Association, Persekutuan Persatuan dan Institusi Perpustakaan Antarabangsa, Biro Persatuan Perpustakaan, Maklumat dan Pendokumenan Eropah, Association of Library and Information Professionals of the Czech Republic, Czech Association of Museums and Galleries, Konsortium Pemeliharaan Internet Antarabangsa Sunting ini di Wikidata
Pengurusan
PengarahMartin Kocanda
SubsidiariSlavonic Library in Prague Sunting ini di Wikidata
Lokasi
Map
Perpustakaan Negara Republik Czech yang terletak di Bumi
Perpustakaan Negara Republik Czech
Lokasi di Ralat Lua pada baris 42 di Modul:Location_map: The name of the location map definition to use must be specified.
Koordinat50°5′14.62″N 14°25′2.58″E / 50.0873944°N 14.4173833°E / 50.0873944; 14.4173833Koordinat: 50°5′14.62″N 14°25′2.58″E / 50.0873944°N 14.4173833°E / 50.0873944; 14.4173833
NegaraRepublik Czech
LokasiClementinum, Praha
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Perpustakaan Negara Republik Czech (Bahasa Czech: Národní knihovna České republiky, Jawi: ڤرڤوستاكان نڬارا ريڤوبليق چزيچه) adalah perpustakaan pusat Republik Czech. Ia dimiliki oleh Kementerian Kebudayaan. Bangunan utama perpustakaan ini terletak di bangunan Clementinum yang bersejarah di pusat kota Praha, di mana kira-kira separuh dari bukunya disimpan. Separuh lagi koleksi disimpan di daerah Hostivař.[3] Perpustakaan Negara adalah perpustakaan terbesar di Republik Czech, yang memuat sekitar 6 juta dokumen. Perpustakaan kini mempunyai sekitar 20,000 pembaca berdaftar.[1] Walaupun kebanyakan terdiri daripada teks-teks bahasa Czech, perpustakaan ini juga menyimpan bahan-bahan lama dari Turki, Iran dan India.[4] Perpustakaan ini juga menempatkan buku-buku untuk Universiti Charles dalam Prague.[5]

Pada abad ke-13, sekolah Studium generale ditubuhkan di biara Dominikan di Kota Lama di Prague. Sekolah ini, termasuk perpustakaannya, digabungkan dengan universiti pada abad ke-14.

Pada tahun 1556, para biarawan Persatuan Jesus mendirikan sekolah berasrama penuh, bernama Clementinum, di sisa-sisa biara Dominika. Dari 1622, golongan Jesuit juga mentadbir Universiti Charles, dan semua perpustakaan mereka ditempatkan di Clementinum.

Manuskrip abad pertengahan yang paling berharga yang disimpan di Perpustakaan Negara adalah Codex Vyssegradensis dan Passional Abbes Kunigunde.

Perpustakaan ini terjejas oleh banjir Eropah 2002, dengan beberapa dokumen dipindahkan ke tingkat atas untuk mengelakkan dari terkena air..[6] Lebih 4,000 buku dikeluarkan dari perpustakaan pada Julai 2011 berikutan banjir di bahagian bangunan utama.[7] Terdapat kebakaran di perpustakaan pada Disember 2012, tetapi tidak ada yang cedera dalam kejadian itu.[8]

  1. ^ a b c Výroční zpráva Národní knihovny České republiky 2018 (PDF) (dalam bahasa Czech). 2019. ISBN 978-80-7050-711-7. ISSN 1804-8625. Dicapai pada 30 Oktober 2019.
  2. ^ "Incunabula". www.nlp.cz (dalam bahasa Inggeris). Perpustakaan Negara Republik Czech. Dicapai pada 29 Jun 2014.
  3. ^ "Need for new library intensifies". The Prague Post (dalam bahasa Inggeris). 28 Mei 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Mei 2014. Dicapai pada 8 Mei 2014.
  4. ^ "National Library's rare prints and manuscripts at the click of a mouse". Radio Prague (dalam bahasa Inggeris). 24 November 2005. Dicapai pada 18 Disember 2019.
  5. ^ Tucker, Aviezer (18–24 Februari 2009). "Opinion" (PDF). The Prague Post (dalam bahasa Inggeris). Prague. m/s. A4. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 9 Mei 2014. Dicapai pada 8 Mei 2014.
  6. ^ "Art saved from European floods". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 15 Ogos 2002. Dicapai pada 8 Mei 2014.
  7. ^ "Water accident in National Library". Radio Prague (dalam bahasa Inggeris). 21 Julai 2011. Dicapai pada 8 Mei 2014.
  8. ^ "No injuries in Czech National Library fire". Radio Prague (dalam bahasa Inggeris). 4 Disember 2012. Dicapai pada 8 Mei 2014.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]